Tuesday, July 7, 2009

May you rot in jail...

Bapa dijel 120 tahun
Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

KUANTAN: “Pertuduhan terhadap kamu sangat serius kerana perbuatan (merogol) dilakukan itu tidak berperikemanusiaan dan lebih keji dari binatang.

“Malah, kamu juga melakukannya tidak kira masa dan tempat termasuk di kandang kambing dan ladang kelapa sawit,” kata Hakim Hassan Abdul Ghani, di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hassan berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara 120 tahun dan 60 sebatan terhadap seorang peneroka Felda Chini Timur 3 di Pekan yang didapati bersalah merogol anak kandungnya, antara Ogos hingga 6 November lalu.

Beliau berkata, biarpun tertuduh mengaku salah, tetapi ia bukan faktor yang harus diberi pertimbangan memandangkan kesalahan terbabit amat serius.

Menurutnya, tertuduh berusia 52 tahun yang sepatutnya diharapkan dapat melindungi dan membela anaknya, namun mengambil kesempatan memuaskan nafsu serakahnya.

“Kamu seperti haruan yang makan anak sendiri. Bagaimana mahkamah hendak belas dan beri hukuman ringan sedangkan kamu sendiri tidak belas terhadap anak sendiri.

“Kamu juga curangi amanah Tuhan dan guna anak kandung untuk puaskan nafsu serakah. Mahkamah tidak dapat bayangkan trauma yang dilalui mangsa.

“Masyarakat akan bersimpati dengan nasib mangsa dan tiada siapa pun dapat memaafkan perbuatan kamu,” katanya.

Keputusan Hassan turut mengambil kira hujahan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumat, yang mencadangkan supaya tertuduh dijatuhi hukuman berat kerana melakukan kesalahan serius.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang beristeri empat didakwa merogol anaknya yang ketika itu berusia 14 tahun lapan bulan pada kali pertama di rumah mereka di sebuah rumah di Chini, Pekan, pada jam 1 pagi, awal Ogos tahun lalu.

Dia turut didakwa mengulangi perbuatan itu di sebuah ladang kelapa sawit di Chini kira-kira jam 12 tengah hari pada pertengahan Ogos lalu dan dalam kandang kambing kira-kira jam 6 petang, akhir bulan itu.

Tertuduh kemudian didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa pada pertengahan September kira-kira jam 10.30 pagi, penghujung September lalu, jam 9 pagi dan 6 November lalu, jam 6 petang, di rumah mereka.

Dia ditahan sehari selepas mangsa membuat laporan polis mengenai perbuatan kejinya itu pada 13 November 2008.

Bagi enam pertuduhan itu, tertuduh yang sentiasa kelihatan tenang di kandang tertuduh, didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan (Pindaan 2006) kerana sumbang mahram yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan.

Begitupun, tertuduh yang turut berniaga bernasib baik kerana Hassan menetapkan hukuman bagi setiap pertuduhan berjalan serentak mulai semalam, tetapi selepas hukuman bagi setiap kes selesai.



This guy already has four wives!!! Don't think jail alone is good enough for this freak...He ought to be castrated!!

1 comment:

Kak Teh said...

Pervert! Jail is too good for him. He should be Bobitted and perah ayark asam limau!